Anyi Ngau

Anyi Ngau (lahir c. 1958) merupakan ahli politik Malaysia dan Ahli Dewan Rakyat untuk Baram sejak 2013.Beliau memulakan kerjaya politiknya tatkala beliau bertanding untuk Baram dan dipilih pada pilihan raya 2013.[1] Beliau dicalonkan sekali lagi untuk kawasan yang sama pada pilihan raya 2018, walaupun ada desas-desus bahawa seorang calon langsung dari Barisan Nasional (BN) akan dicalonkan.[2] Beliau lalu menang lagi, menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) iaitu Roland Engan, yang juga anak saudaranya,[3] dengan majoriti 1,990 undi.[4]Pada Mac 2020, sebaik sahaja Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Perdana Menteri, beliau mencalonkan salah seorang Ahli Parlimen Parti Demokratik Progresif (PDP) iaitu Tiong King Sing sebagai Timbalan Menteri Perpaduan Negara, meskipun Tiong menolak tawaran tersebut.[5][6] Selepas kejadian itu, terdapat spekulasi bahawa Ngau, Ahli Parlimen PDP yang lain, bakal menjadi sebagai pengganti, tetapi tidak pernah terjadi akhirnya.[7] Jawatan itu lalu diambil oleh Ti Lian Ker dari Persatuan Cina Malaysia (MCA).[8] Ngau kemudian dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Koko Malaysia pada 20 Mei, menggantikan Jonathan Yasin.[9][10] Beliau juga dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Lada Malaysia pada 1 Julai.[11][12]Ngau berketurunan Kenyah dan berkelulusan Universiti Sains Malaysia (USM).[7]

Rujukan

WikiPedia: Anyi Ngau https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1860786 https://dayakdaily.com/anyi-ngau-is-malaysia-cocoa... https://www.malaysiakini.com/news/523688 https://sarawakvoice.com/2018/05/10/senarai-keputu... https://sarawakvoice.com/2020/03/11/anyi-ngau-meng... https://www.theborneopost.com/2013/04/29/calon-bn-... https://www.theborneopost.com/2020/07/16/anyi-ngau... https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/03/553173/... https://www.newsarawaktribune.com.my/anyi-ngau-is-... https://www.nst.com.my/news/nation/2020/03/573494/...